Monday, September 22, 2008

Photos - GERKORAMA at Langkawi (24-28 Jun 2003)

Gambar -Ihsan dari Suzaizul Kamal

Nak baca cerita pasal gerkorama klik sini

Nak tgk keseluruhan gambar klik sini

MAHROJAN AL-FUNUN AL-ISLAMIYAH @ FESTIVAL KESENIAN ISLAM

GAMBAR - Ihsan dari Suzaizul Kamal

Tarikh 9 Ogos 2003 membawa sejarah kepada SMKA Maahad Hamidiah kerana sekali lagi SMKA MH berjaya mengadakan konsert tahunan Mirwana. Majlis yang lebih dikenali sebagai “Mahrojan Al-Funun Al- Islamiyah” atau “ Festival Kesenian Islam” ini menyaksikan kebolehan para pelajar tingkatan lima khasnya dalam mengendalikan persiapan mejlis tersebut. Persiapan konsert yang diadakan ebrtempat di dewan As-Syafie itu telah mula dibuat seawall bulan julai di mana para pelajar tingkatan lima telah mula menyiapkan pentas, menjual tiket, mempromosikan gerai dan menyediakan slaid multimedia. Dalam masa yang sama pula, pasukan Mirwana pada ketika itu sedang sibuk berlatih untuk bertanding dalam Pertandingan Nasyid KESEJADAH peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada pagi di hari konsert itu diadakan.

Alhamdulillah , walaupun sibuk dengan persiapan konsert yang bakal diadakan pada malam tersebut, Pasukan Mirwana masih mampu menyampaikan persembahan terbaik mereka sekaligus merangkul gelaran Johan dalam pertandingan tersebut dan seterusnya berjaya mewakili negeri Selangor di Peringkat Kebangsaan (Johan gak..hehe). Walaupun sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan percubaan SPM yang bakal berlangsung seminggu selepas berakhirnya konsert, bakat kesungguhan para pelajar yang sanggup berkorban masa dan tenaga, konsert tersebut telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya.

Ust Mahadzir bersama Kumpulan Hijjaz - Sumber dari Hijjaz Group

Kumpulan UNIC di malam konsert - Sumber dari Hijjaz Group

Pada konsert kali ini, kumpulan nasyid Hijjaz telah dijemput khas bagi memeriahkan majlis. Alunan dendangan irama nasyid yang dibawa berjaya menambat hari para pendengar. Turut diundang pada malam tersebut ialah kumpulan nasyid popular UNIC dan kumpulan Mirwana generasi ke-8 dan ke-12. Majlis yang bermula jam 8 malam itu telah dirasmikan oleh bonda pengetua, Ustazah Jamaliah binti Talib. Majlis ini telah berakhir pada jam 12 malam dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin sebagai penutup tirai.

-sidang_redaksi03-

p/s - nak tengok keseluruhan gamba klik sini..

Walimatul Urus 'Izzah dan Muhammad Idris 25 September 2010 dan 1 Januari 2011

Alhamdulillah, dengan keberkatan dari Ilahi, Muhammad Idris bin Che Mahzan dan 'Izzah binti Hj Idris akan melangsungkan perkahwinan p...