Thursday, November 26, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN MIZA DAN AZIM PADA 19 DISEMBER 2009 BERSAMAAN 2 MUHARAM 1431 HIJRAH

Assalamualaikum, wahh..cuti ni ramai kawan2 kita nak menamatkan zaman bujang mereka.. bagus la, Alhamdulillah.. semoga zuriat yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang berguna pada ibubapa, keluarga, sedara mara, agama, bangsa dan negara.. kali ni pulak aku sebagai wakil kepada Miza Lodfi dan pasangan ingin menjemput kawan2 sekalian ke majlis yang penuh bermakna pada mereka, moga majlis bertambah meriah dengan kehadiran anda semua..



--------------------------------------------------------

Host: Hj Ahmad Lodfi b Hj Yacob & Hjh Rozita bt Hj Kamalul Ariffin
Date: Saturday, December 19, 2009
Time: 11.30 am
Location: No 21, Jalan Ampang Tiga 27/20C, Taman Bunga Negara, 40400 Shah Alam
Contact no : 013-671 4897

--------------------------------------------------------



Atucara Majlis
---------------
Jamuan Makan : 11.30 pg
Majlis Bersanding : 1.30 ptg

Turut Mengundang
----------------
Seisi Keluarga
013-368 9000(Hj Lodfi)
017-369 3593 (Hjh Rozita)
013-459 7830 (Hazirah)
013-439 9267 (Amirul)
-----------------

*dicopy paste dari event di FB Miza <>

Diucapkan semoga Miza dan pasangan bahagia dan kekal sehingg ke akhir hayat sebagai sepasang suami isteri yang soleh dan solehah.. ameen...


Monday, November 16, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN SYED AIZUDDIN DAN NAFISAH PADA 13 DISEMBER 2009 BERSAMAAN 26 ZULHIJJAH 1430 HIJRAH

Assalamualaikum,

Menikah adalah Ibadah kepada Allah dan perlu dilandasi dengan niat yang suci agar saling melengkapi antara 2 hati.

Dengan hormatnya, aku (Syed Mohd Aizuddin Bin Tuan Sembak) menjemput kalian sebagai kenalan sekolahku ke majlis penyatuan 2 hati ini. Expecially sapa2 yg pernah sekelas dengan aku di kelas 4@5 Rushd. Memang lama x jumpa. Kawan2 kelas2 lain pun dipelawa meraikan..


Tapi ada 1 permintaan kalau dapat ditunaikan, kalau x dapat, nak wat camne. Harapnya x panggil aku 'don' k nanti. Cam kurang sesuai. Aku pun xtau camne nama tu bleh wujud, yang aku tau Syafiq@Capek (2 tahun duk sebelah aku dalam kelas, 'bising' dia minggu lepas kat aku sebab ajak dia datang walimah nikah aku guna sms je, tp ok la, bagus juga teguran dia kat aku) yg tau nama tu mula2. Smpai bila2 panggil Syed pun ok, ada la juga maknanya. Risau terkejut je bakal isteri aku dengar panggilan tu nanti. Tu nama zaman nakal2 time remaja dulu je, skang ni dah lain kot, fasa pemikiran dah berbeza. K, wassalam

-Syed Aizuddin-
hp no : 013-797 6361

Sunday, November 15, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN HELMY DAN DALILA PADA 13 DISEMBER 2009 BERSAMAAN 26 ZULHIJJAH 1430 HIJRAH

Assalamualaikum sahabat2 hamidians sekalian.. jumpe lagi kita..hehe.. kali ni aku nak posting jemputan perkahwinan member kita lagi seorang... Helmy Asyraf dan pasangannya Dalila...Helmy yang suatu ketika dahulu penah menjadi adik angkat kepada Saudari Dalila mase sekolah2 dulu, kini bakal menjadi suami kepada Dalila.. akhirnya sampai juga korang ke jinjang pelamin.. Alhamdulillah...






Disini, aku lagi sekali menjadi wakil kepada kedua-dua mempelai ingin menjemput semua kenalan dan sahabat Hamidians ke Majlis Perkahwinan mereka berdua.. details adalah seperti dibawah ni..

Tarikh : 13 Disember 2009 / 26 Zulhijjah 1430H
Hari : Ahad
Alamat : Dewan Cattleya, Level 4, Wisma PKPS, Persiaran Perbadanan, 40000 Shah Alam.

Atucara Majlis
---------------
12.00 tgh hari
Ketibaan Petamu & Jamuan Makan
1.30 ptg
Perarakan Pengantin Ke Dewan & Pelamin
2.00 ptg
Mempelai Bersanding & Majlis Bersalaman Bersama Mempelai
2.30 ptg
Perarakan Pengantin Ke Meja Beradap & Acara Memotong Kek
4.30 ptg
Majlis Bersurai


Turut Mengundang
----------------
Seisi Keluarga
Hj Kamaruzaman : 019-3256753
Hjh Sarinah : 016-6466522
Mohd Helmy Asyraf : 017-2715959
Mohd Syazwan Asyraf : 012-9749197
Kediaman : 03-56342738


Semoga dengan kehadiran para hadirin akan menyerikan majlis kami (Helmy & Dalila) dan mendapat keberkatan Allah s.w.t

p/s: aku tgh menunggu kad jemputan dari Haizun pulak... Haizun, ape lagi... sila2 la ye...

Wednesday, November 11, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN HAIZUN DAN YUSOFF PADA 22 NOVEMBER 2009 BERSAMAAN 5 ZULHIJJAH 1430 HIJRAH


Perutusan dari Haizun dan pasangan.... (copy paste dari event kat FB die je..hehe)

Assalamualaikum...
My dear friends, the day has arrived!
Please don’t forget to attend my wedding reception.
I really hope to see u on this auspicious occasion...
And please drive carefully and hopefully u will have a great time =)

Host: Dr Yahya Majri & Siti Saniah Selamat
Date: 22 November 2009
Day: Sunday
Time: 11.30a...m – 4.30pm
Bride & Groom arrival: 1.30pm
Theme colour: Friends (Pink / white)
– however , feel free to wear any color u like…
see u =)

♥ Love ♥
~Haizun~


Atucara Majlis
---------------
Jamuan Makan : 11.30 pg - 4.30 ptg
Ketibaan Pengantin : 1.30 ptg

Turut Mengundang
----------------
Seisi Keluarga
03-8737 0242(Rumah)
012-214 8354 (Yahya Helmi)
012-632 2709 (Siti Saniah Selamat)
017-310 5212 (Haizun Yahya)
019-273 2595 (Yusoff)
-----------------

Didoakan agar Haizun dan pasangannya bahagia sampai keakhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..ameen

Tuesday, October 20, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN HAMIZAH PARDI DAN AIMAN ROSLAN PADA 1 NOVEMBER 2009 BERSAMAAN 13 ZULKAEDAH 1430 HIJRAH

Assalamualaikum kepada semua sahabat2 Hamidians 9903... maaf bebanyak sangat sebab lame tak update blog ni, tak cukup mase nak update.. jadi setelah sekian lama tergendala, baru lah ade mase nak update..itu pun bersebab...






Disini aku, mewakili kedua2 mempelai Hamizah Pardi dan Aiman Roslan, ingin menjemput semua sahabat2 Hamidian ke Majlis Perkahwinan mereka... details nye aku tulis kat bawah ni..

Tarikh : 1 November 2009 / 13 Zulkaedah 1430H
Hari : Ahad
Alamat : No 49, Jalan Seluang 8, Taman Sri Putra, 42700 Banting Selangor

Atucara Majlis
---------------
Jamuan Makan : 11.00 pg - 4.00 ptg
Majlis Bersanding : 12.00 T/hari

Turut Mengundang
----------------
Seisi Keluarga
013-2034562 (Pardi)
013-2784011 (Satiah)
019-6680063 (Hamizah)


Semoga kehadiran serta doa restu kalian akan menyerikan lagi majlis kami (Hamizah dan Aiman) serta diberkati Allah S.W.T, InsyaAllah

**ade lagi undangan ke majlis persandingan yang akan datang.. aku tgh tunggu kad jemputan baru aku update... Haizun, Helmi dan Syuk...

Tuesday, June 16, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN FAZDIR SALLEH DAN SURAYA PADA 1&2 OGOS 2009 BERSAMAAN 10&11 SYAABAN 1430 HIJRAH



--------------------------------------------------------

Host: Salleh Mohamed & Faizah Zainudin
Date: Saturday, August 1&2, 2009
Time: 12:00pm - 4:00pm
Location: selangor
Street: kg melayu ampang
City/Town: Ampang, Malaysia
Email: kambing_kadir@yahoo.com, mfs23@bath.ac.uk

--------------------------------------------------------

Mesej dari kedua mempelai (copy paste dari facebook dorang) :

"i would like to invite all of our friends all over the place to come to our wedding days in AMPANG, selangor, Malaysia

majlis persandingan: 1 august 2009 (pihak perempuan)
majlis doa selamat menyambut menantu : 2 august 2009 (pihak lelaki)

thank you in advance from both of us n we r wishg u guys all d love in d world..."

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN KHAIRUN NISA AZIZ DAN MOHD AFIQ AFFENDY OSMAN PADA 17 JULAI 2009 BERSAMAAN 26 REJAB 1430 HIJRAH


-------------------------------------------------

Host: Aziz Ismail, Zurhiati Saad & Family
Date: Saturday, July 18, 2009
Time: 12:00pm - 4:00pm
Location: Kompleks 3K, Subang Jaya
Phone: 0356364354
Email: afiq.nisa@yahoo.com

-------------------------------------------------

Msg dari kedua mempelai (copy paste dari facebook dorang):

"Alhamdulillah, dengan keberkatan dari Ilahi, kami akan melangsungkan perkahwinan pada Julai 18, 2009. Insya Allah. Oleh itu, saya ingin menjemput para sahabat untuk datang memeriahkan majlis perkahwinan kami.

Diharapkan kawan-kawan dapat RSVP untuk dapatkan headcount. Can do it here or email. Jangan call lagi sebab nisa takde kat rumah. hehe.

Terima kasih banyak2 dan kehadiran anda amat kami hargai =)

P/S: I will add the map soon..Insya Allah.
----

Insya Allah, Afiq and I will be getting married on July 18, 2009. Please come to our wedding reception which will be held at Kompleks 3K, Subang Jaya, Selangor, Malaysia. To my friends in the United States, please come if you happen to be in Malaysia at that time! =)"

----

Tentative:
10.30am - Akad Nikah at Masjid Bandar Sunway
12.00pm - Majlis Perkahwinan at Kompleks 3K, Guests Arrival
12.45pm - Persandingan
4.00pm - Majlis Bersurai

Saturday, May 30, 2009

Tahniah kepada Raudhah & Hakimi , semoga kekal sampai akhir hayat




Mase ari perkahwinan Raudhah dan suaminya, tak sempat nak berkumpul beramai2 tangkap gambar dengan budak2 batch kite, sebabnye, masing2 datang ikut time masing.. mase kitorang datang, ade yg nak blah.. dan mase yg kitorang nak blah, ade yang baru datang nak makan.. nak tunggu semua habis, memang tak sempat,, sebab masing2 ade agenda masing2 aritu.. biasela, sekarang semua dah ade pasangan masing2, so paham2 je la,.. weekend la tempat nak meluangkan masa bersama2.. hehe.. betul tak kamal?

Secara kasarnya, majlis aritu meriah habis, dengan hidangan makanan yang enak2, dan yang best ade cendol.. bercawan2 kitorang bantai.. haha.. maklumla tengah panas terik.. nasib baik la buat kat dalam dewan yang ber aircond..

kitorang sampai kat majlis tu lebih kurang dalam pukul 2 lebey, tunggu Eli lembab betul..Kamal dah hangin satu badan, lapar tak makan2 lagi.. tunggu punye tunggu Eli pun datang.. pastu semua bergegas ke dewan.. sampai2 jumpe geng2 Muza, Nurin dan geng2 dorang aa, tak igt sebab ramai.. dorang dah habis makan da, nak blah mase tu.. sempat la borak2 jap.. pastu kitorang pun melangkah kedewan tu.. nyamannye, sejukk.. waaa...

Yang lapa ape lagi, terus ke meja hidangan aa, amek lauk tu, lauk ni.. duduk je kat meja, sebelum makan, datang pulak lagi sorang geng yang agak lombab.. Mat Nor bersame pasangannye.. eheh... borak punye borak.. sampai pulak Syazwina dan Shafiqa.. Ala Syazwina yang awek Timi tu.. hehe.. dengar cerite Pika pulak nak bertunang bulan 12 ni,.. tahniah yer.. lepas makan2 tu.. datang pulak satu lagi pasangan bahagie bersama anak dorang yang comel.. Widyana dan suaminye.. wah2, makin berseri mama Wid.. eheh...

Pastu time pengantin potong kek.. kat depan nunn jauh.. sume malas nak bangun p amek gamba, maklum la dah konyang.. last2 Johan Jamarei punye adik yang kene suruh.. siut punye John, buli adik die suruh amek gamba.. ahah.. tapi takpa, nasib baik, ade jugak gamba.. terime kasih Jaafar (adik Johan)...ni lah hasilnye..



Patu sesi bersalaman dengan pengantin.. wah2, berseri sunggu Raudhah.. tapi tak nampak pulak abang die time tu.. Musytaq.. tengah salam punye salam, nampak la pengapit die, macam kenal, rupenye Sharifah Kadijah.. wah2, die pun anggun dengan baju kuning berkilat... eheh.. lepas tu pengantin pun beredar keluar dari dewan untuk sesi fotografi kot.. ontah,..

Borak punye borak, tetibe muncul satu minah ni.. wah, sungguh trendy, rupenye Fatma laa... hampir tidak ku kenal,.. lain sungguh rupenye.. eheh.. mase kitorang nak blah je.. tetibe datang la pulak 2 orang gadis yang sungguh ayu, Asriza dengan sape lagi sorang, tak ingat.. tapi aku kenal..hehe.. sori tak igt.. pastu kitorang pun blah la meninggal kan dewan... igtkan pengantin dah balik, rupenye ade lagi kat lua, tengah nak masuk dalam kete, nak blah.. tapi disebabkan aku ni agak tak malu mase tu, aku pun jerit ala2 tak jerit.."Raudhah...oo..Raudhah.. kitorang nak tangkap gambar ni..tak sudi ke?..hehe.. -part last tu aku saje2 tambah nak bagi sedap bercerite.. eheheh.. (mase tu sebelah kaki Raudhah dah masuk dalam kete dah..hehe.. sian ko).


Oleh kerana kedua2 mempelai sungguh sporting, mereka pun kelua dari kete tu, dan sempat la posing untuk sekeping due gamba.. akhir kate, terima kasih kepada semua yang hadir, dan kepada Raudhah dan suami, selamat menempuhi alam rumah tangga yang penuh dugaan dengan sebaik2nya.. akhir kalam, Kamal ko bile nak kawen??..hahah... salammm.
.

p/s: kepada sesiape yang hadir dan aku tak sebut name, harap maap.. aku betul2 terlupe.. tak ingat..hehe.. Ehhh..lupe plak, dlm gambar tu..ZEID AZRAI ANAK POLIS DUK KT SUNGAI KANTAN tu pun ade laa,.. pakai baju kemeja n kasut kulit lagi..wah2, ensemnye die.. awek sihat ke rai??hehe

Sunday, May 17, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN RAUDHAH DAN HAKIMI PADA 23 MEI 2009 BERSAMAAN 28 JAMADIL AWAL 1430H


Kepada semua warga hamidiah batch 1999-2003, anda dijemput hadir ke majlis perkahwinan sahabat kite, iaitu Raudhah Binti Mohamad Ali dengan bakal suaminya Mohd Hakimi bin Abdul Hamid.. Moga majlis akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.. insyaAllah.. Moga kekal ke akhir hayat..




Pada hari:
Sabtu, 23 Mei 2009 bersamaan dengan 28 Jamadil Awal 1430H

Bertempat di :
Dewan Makan, Pusat Pendidikan Luar (PPL), Universiti Putra Malaysia

Aturcara Majlis :
12.00 tgh/hari - 4.30 ptg : Jamuan Makan
1.50 ptg : Ketibaan Pengantin

Tel :
03-8925 2726 (Rumah)
019-271 7656 (Prof. Ali)
019-269 2080 (Raudhah)


SELAMAT HARI GURU (16 MEI 2009)

Assalamualaikum wbt..
Di sini kami para pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Batch 99-03 ingin mengucapkan selamat hari guru dan setinggi2 penghargaan kepada semua warga pendidik SMKAMH yang telah mendidik kami semua sehingga kami menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara, InsyaAllah. Segala ilmu yang dicurahkan harap diberkati dan segala salah silap harap dimaafi. Dan kami mendoakan supaya kalian akan terus dihormati dan diberkati sehingga ke akhir hayat. Akhir kata, terimalah lagu tema hari guru Maahad dari kami semua (diketuai oleh Suzaizul Kamal Sulaiman a.k.a Ketua Mirwana G11 dan diiringi paluan perkusi yang diketua oleh Zeid Azrai).. Terimalah...


Terima Kasih Guru

Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana


Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Penghargaan umumnya ditujukan kepada semua warga pendidik SMKA Maahad Hamidiah dan khasnya dari tahun 1999-2003..jasamu dikenang..terima kasih..



Duduk dari kiri :
En. Zainal Arifin, En. Zulkifli, Pn. Zaini, Pn. Abidah,
Pn. Jamaliah, Pn. Zubedah, Pn. Latifah Yahya,
Pn. Noor Gayah, En. Mohsin, En. Shahrudin

Barisan kedua dari kiri :
Pn. Harbiah, Pn. Kamariah, Pn. Zalizan, Pn. Rosnah,
Pn. Hamidah, Pn. Che Ainu Pn. Zarina, Cik Azlinda,
Pn. Laili, Pn. Engku Zarihan, Pn. Salmah, Pn. Hashimah
Pn. Yahurin, Pn. Safiah, Pn. Maiselamah, Pn. Mazora,
Pn. Suzaina

Barisan ketiga dari kiri :
Pn. Salwa, Pn. Mahmudah, Cik Juliana,
Pn. Syamsiah, Pn. Radziah,Pn. Rosni, Pn. Mazita,
Pn. Rashidah, Pn. Zubidah, Pn. ROhayati, Pn. Muna,
Pn. Saidatul Rahimah, Pn. Ramrah, Pn. Pazilah

Barisan belakang dari kiri :
En. Solehuddin, En. Zainol Abidin, En. Hasan,
En. Bashrim, En. Mahadzir, En. Nashruddin,
En. Mansor, En. Arman, En. Roslan, En. Hasmadi

Tiada dalam gambar :
En. Sardi, En. Mohd Asri, Pn. Nor Ezana,
Pn. Rohani, Pn. Shazleena, Cik Ainon,
Pn. Rabiatul Adawiyyah, Pn. Halijah, Pn. Aziah,
Pn. Salina, Pn. Rohaya, Cik Siti Aisyah
Pn. Goh Pong Lang

Saturday, January 31, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN AINUL ILYANI DAN FAHMI 28 FEB DAN 1 MAC 2009

Photobucket
Gambar hadapan kad jemputan perkahwinan

Photobucket
Gambar dalaman kad jemputan perkahwinan

Photobucket
Gambar peta ke rumah pengantin

PhotobucketAmanat dari kedua-dua mempelai


P/S : jom ramai-ramai kite pergi rumah Ani dan Fahmi..check point di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.. 28 FEB dan 1 MAC 09

Friday, January 30, 2009

Marilah ramai-ramai kite join group kat facebook pulak...


Photobucket

Assalamualaikum wbt. memandangkan sekarang ni ramai yg dah ade facebook, maka group batch kita di facebook telah dibuat. So sesape yg ade facebook tu boleh la join group kite di sana. Jom kite join...tekan je kat banner di atas, aku da link kan die..jangan malu-malu, jangan segan2, join saja..okes..salam

CNY TRIP - Jalan-jalan cari makan (25-27 Januari 2009)

Tarikh : 25-27 hb Januari 2009
Hari: Ahad, Isnin, Selase
Tempat: Selatan Tanah Air, Malaysia (Johor-Melake)i
Bayaran: RM100++
Tujuan: Jalan-jalan cari makan sambil menikmati keindahan alam.
------------------------------------------------------------

Mereka2 yang menjoinkan diri secara lansung:


spm 03

- abg kawasan
- eli imran
- macha reley
- wak jaem
- mat nor ibnu nayyan
- anep
- skamals

spm 02

- ehsan
- judin
- pojan
- arip jay
- kaplek
- repa (kawan judin)


Pembahagian keta

Honda
- arip jay
- kaplek
- pojan

P1 Iswara
- ehsan
- judin
- repa

P2 Kancil
- mat nor
- madon
- anep

Lancer
- eli
- wak jaem
- macha
- skamals

alhamdulillah.....setinggi2 ucapan syukur kehadrat Ilahi kerna dgn limpah kurniaNya dapat kita sekali lagi menyemurnakan aktiviti ini tanpa sebarang kecelakaan.....

dan juataan ucapan terima kasih diucapkan pade rakan2 yang sanggup menjoinkan diri dalam aktiviti ni.....
walaupun perbelanjaannye agak besar....
namun, bak org kate kenangan tu tak boleh dibeli dengan wang ringgit.....ekekekeke....


Pergerakan trip

25hb jan 2009

0900 - berkumpul di RnR seremban...mase ni 3 keta jer...isawara, kancil, lancer..dan bergerak ke alor gajah...

1000
- kami keluar kat exit alor gajah....


1015 - amik kaplek kat umah makcik die....

1030 - perjalanan diteruskan ke muor...perjalanan diselang selikan dgn pemandangan cantek kawasan kampung dan juga ladang kelapa sawit....pejalanan melalui merlimau dan sg rambai....

1145 - setelah melintasi jambatan muor, maka tiba laa kami ke destinasi seterusnye...pekan muor...kami lepak jap kat perhentian bas muor sambil menunggu sebuah lagi keta..Honda...seterusnye mencari makan tgh hari...target utama adalah mee bandung muor...

1200 - pencarian mee bandung diteruskan....dan stelah barpusing mencari, akhirnye kami memarkir kereta kat balai polis muor..dan berjalan ke gerai mee bandung muor..
.
300 - kami disajikan dgn mee bandung yang sungguh lazat dan mee goreng yang sgt bertenaga....terbaek beb....tapi, air die kureng sikit laa...bak kate madon.."cam air subsidi mesyuarat je" ...kekeke..

1400 - setelah mendapat tenaga, perjalan diteruskan...kali ini target kami adalah nasi Baryani batu pahat....atau lebih dikenali nasi baryani ahmad syah.....dari muor kami melalui jalan kampung....menyusuri ladang2 kelapa sawit, dan diselang selikan ladang getah (ade ke?? wakakaka).....perjalanan melalui bakri, parit sulong, kg jeram dan terus ke batu pahat....

1530 - konvoi tiba di food court nasi baryani ahmad syah....namun...seperti mengatahui kedatangan kami, keadaan yang sungguh ramai menyebabkan nasi baryani ahmad syah telah habis dijual....kempunan laa kami....tapi, tak pe....banyak lagi nasi baryani yang ade kat situ....so, tanpa menunggu arahan kami pun menyantap beramai2....nasi baryani ayam, kambing, lembu = rm5.50 sepinggan....ok laa tu....sodap..menyontap....hehehe...

1600 - walaupun jauh berjalan, kewajipan sebagai seorang muslim tetap kami laksanakan....hehehe...kami singgah di masjid besar warna biru...ntah ape namenye....kat batu pahat....kalu dah singgah masjid, mestilaa solat...takkan karaoke pulak....hehehe....

1630
- perjalanan yang masih jauh dan penuh ranjau berliku tetap diteruskan....bak kate pepatah...sekali melangkah takkan berpatah...ekekeke.....kali ini, perjalan agak jauh.....

jalan pun clear....kelajuan maintain 90kmj - 100 kmj.... dapatlah mengahayati suasana kampung....ladang2 nenas...ladang tebu...dan macam2 ladang lagi....perjalan melalui senggarang, rengit, benut, sanglang, pontian besar, pontian kechil, pekan nenas, dan skudai....banyak tul org jual nenas kat tepi jalan...tapi, takde rejeki nak beli....len kali kite gi, singgah ok...ekekeke..

1845 - setelah hampir 2jam lebih meneruskan perjalanan, akhirnya kami tiba di skudai....senang cite... area UTM tu laaaa....lepak2 jap kat mapley Saffiah kat taman U....seorang rakan kite, Don yang menuntut kat UTM sempat laa berjumpa kami kat situ...takde pe pun yang istemewa kat mapley ni, cume mapley ni ade kacang rebus yang diletakkan di setiap meja bile ade org duduk kat meja...kire cam pancing laaa....kalu korang makan, kene bayor laaa....dah puas lepak2....kami pun meneruskan perjalanan....don balik utm balik...

1925
- kali ini, kami terus menuju ke senai dimana letaknye lokasi homestay yang kami telah booking oleh ehsan....homestay ni tak la jauh mane ngn skudai...ok laa....


1955 - konvoi tiba di taman senai utama.....ketibaan kami disambut oleh makcik sebelah umah homestay tu....makcik tu bagi kunci dan briefing sikit....pastu die blah....hahahah....terbaek beb homestay ni...walaupun tak de laa suasana kampung....tapi memang berbaloi.. rm130 semalam....rumah teres, 3 bilik, 2 bilik air, ruang tamu, dapur...cukup laa untuk kami ber13 org....memang selesa...pastu perabot sume lengkap...ade tv 14 saluran tanpa astro, peti sejuk, dapur gas, teh dan kopi, sabun mandi pun ade....terbaek laaaa.....pe lagi, kami pun berehat jap...sebelum mandi2 dan menyiapkan diri untuk aktiviti jalan2 cari makan seterusnye.....hehehehe.....

2245 - dah siap sume mandi dan ape bagai sume....kami pun keluar jalan2 cari makan....umah dah kunci sume....pastu chow laa....target kami adalah Mee rebus tulang ZZ....wakakakaka....
adeh laaa.....susah tul nak cari jalan ke restoran ni....berpusing2....masuk sane....keluar balik...masuk simpang tu, kuar balik....perut dah lapar....tambah penat lagi....last2 kami pun makan je laa kat kedai yang terjumpa....restoran tu namenye Anjung Seri Warisan.....belasah je laa....tgk2 cam menarik jer....kami pun order laa...harganye boleh tahan laaa...mahal...wakaka....nasi ayam penyek, nasi lemak pandan sambal sotong, mee tom yam, nasi goreng anjung warisan...dan macam2 lagi....untuk pengetahuan semua, kedai ni adalah kedai tempat TOI af main angklung dulu...so, kitorang makan sambil disajikan beberapa lagu angklung....sambil amik order tu, kami pun tanye laa kat pakcik tu, kat mane ZZ restoren....sekali pakcik tu cakap....depan ni jer...dalam 1km...ceh...menyosallll....



26hb jan 2009


0007 - pas abis makan sume....kami pun amik2 gambar...dan destinasi seterusnye adalah......hahahaha...korang nak tau tak??? destinasi seterusnye adalah ZZ restoran......wakakakaka...nak jugak tu....nak jugak merasa mee rebus tulang....memang tak jauh kedainye....dekat jer....huhuhuhuhu...

0015 - so, sampai2 jer....teruja beb....hehehe....tgk2 CAT farish ade makan kat restoran ni....popular gak restoran ni....kami pun pilih meja....dan order.....harganye pun ok laa...mahal gak...hahaha...tapi mahal lagi anjung warisan tu....kitorang order mee rebus tulang, mee rebus biasa, sup ayam, sup tulang, sup daging.....pergh...memang terbaik laaa.....pekat....sodap menyontap.....mee rebus tulang ni, ade gearbox kambing....siap straw lagi......tapi apakan daya.....dah makan kat anjung warisan sebelumnye tu....tak pe laaa....janji tercapai gak mencari ZZ restoran tu.....hehehehehe......lepas makan....masing2 pun pening...ye laaa....konyang....igt nak kene bola celup2 lak pastu.....tapi tak jadi lak....hehehehe....

0100 - pas dah makan kat zz, kitorang terus bergerak ke DANGA BAY....ye laa...tak lengkap laa kalu ke johor baharu tapi tak singgah danga bay....hehehe....tak de ape ape aktiviti pun kat danga bay ni...just pusing2...ronda2...amik2 gambor...tgk2 laut....tgk2 awek....tgk2 singapore...nak gi singapore takde pasport lak....bajet pun takde....hehehehe.....pas siap2 sume, kitorang pun bergerak balik ke senai....balik home stay....

0230 - sampai senai utama....sampai kat umah, masing2 wat aktivit masing2 laa...ade yang main PES...ade yang terus tido...ade yang borak2...dan sebagaiiiiinye......


1100 - dah siap2 sume.....kami pun pulangkan kunci kat makcik tu.....pastu menerusskan perjalan ke destinasi seterusnye....

1145 - tiba dikulai....bukan felda taib andak ek....tapi kat mane ntah....yang penting area kulai laaa....kami bersarapan + lunch kat sini.....ade yang makan nasi ayam....soto...nasi goreng...dan sebagainye.....lazat gak....sup die pun ok...harga stendet laaa....tak mahal dan tak murah.....dah siap makan pe sume....kami terus menuju ke hutan lipur gunung berlumut....kat kluang....perjalanan melalui kulai, bukit batu, simpang renggam, renggam, kluang, felda ape ntah....tak igt laaa pulak.....

1330 - on de way ke air terjun tu, kami singgah kat gerai cendol tepi jalan....kat area renggam....macam menarik jer....so, kitorang pun berhenti.....macam2 ade....cendol ade, rojak ade, mee goreng udang ade, air tebu ade....boleh di kira kan terbaek gak laaa makanan dan minuman kat sini....murah....cendol die ade macam rasa2 halia....buang angin...mee goreng udang pun sodap....rojaknye pun terbaikkkkkkk....hehehehe....so, pas makan....terus gerak.....

1500 - berpandukan GPS, kami pun sampai ke hutan lipur gunung belumut ni.....jalan die...pergh...mencabar beb....lalu ladang2 kelapa sawit....maklum laa felda..hehehe....jalan ok...tak rosak....namun, hampa....huhuhuhuh....hutan lipur gunung belummut ni ditutp sementara untuk kerja2 menaik taraf fasiliti.....adeh laa...tak dapat masuk.....ramai gak org yang datang kat situ...tapi tak daat masuk...hampeh tul....sepatutnye letak laa papan tanda kat awal2 simpang....so, kami pun makan2 laaa jajan2 yang dibeli untuk perkelahan kat tepi keta jer....hahahha....untuk mengurangkan keterkilanan, ade rakan2 yang mandi manda kat sungai terdekat aliran dari air terjun gunung belumut tu jugak.....seronok gak laaa dorang ni mandi manda....hehehehe....kalu ikut kehadiran pengunjung kat situ, memang dapat merasakan yang air terjun gunung berlumut ni terbaik...tapi, takde rejeki nak berehlah kat situ....hehehehe....

1700
- tepat jam 1700, kami pun bergerak menuju ke kluang...target kami, minum2 kat kluang station hajatnye....


1745
- kami berhenti kat masjid india kluang....klasik tul masjid ni....mase kitorang sampai, imam masjid ni sedang membacakan khutbah sempena gerhana matahari yang terjadi pada hari tersebut....so, pas solat, sempat gak laaa kami layan gerhana matahari bersama beberapa jemaah kat masjid india tersebut....peramah2 belaka dorang ni....hehehehe.....subhanallah...kagum melihat kejadian gerhana.......


1810 - kami tiba di kluang station.....sekali lagi...hampa...hahahah....kluang station tu tutup laaa pulak...ye laaa...tokey die cino...ari tu raya cino....melepas nak merasa roti bakar dan kopi kat kluang station tu.....takde rejeki...amik gambar jer laaa.....lalu, kami terus ke area mane ntah....tapi still dalam kluang laa...lepak2 kat kedai mertabak ni.....mertabak spasial kluang....rojak manis...terbaik gak....sodap....tapi yang kat simpang renggam tadi tu lagi sedap la....hehehehe....dah siap makan sume, kmi pun terus ke melaka....lokasi makan besar....hahahaha.....perjalanan melalui ayer hitam, yong peng.....

2130
- berenti jap kat RnR pagoh....qoda' hajat....solat...dan sebagainye....pastu terus bergerak ke melaka....

2215 - tiba di lokasi makan besar....melalui ayer keroh, duyong, kandang....kami makan kat medan ikan bakar kg alai.... meriah laaa...ramai tul org....mujur...alhamdulillah....ikan ade lagi....so, pakar2 telah memilih ikan....hehehe... 3 ekor ikan jenahak, 2 ekor ikan siakap, sekor ikan terubok, 2 bungkus pepahat, sekilo udang A+, dan sayur kangkung ikan masin.....pergh banyak tul makan....memang betul2 makan besar....hahahaha....lame gak tunggu sume ni masak....pe lagi borak2 la....gaduh2 manja....ekekekekeke....pas makanan sampai je....terus santap.....mantap menyontap.....sampai gatal2 lidah....hahahaha......terbaek.....sekali bile nak bayar....adeh laaa....sume sekali rm526....setelah wak jaem selaku bendahari membuat rundingan, dapat laa diskaun...rm 515....hahahaha...alhamdulillah...baru jalan2 cari makan namenye....hahahahaa....pas abis makan sume....kami pun bergambar....


27 jan 2009


0130 - setelah bincang2 sume....konvoi berpecah kat sini....spm 02 terus bergerak ke hotel...sebab terlalu kepenatan dan tak larat dah nak ronda2 lagi...hehehe....so, spm03 meneruskan perjalan ke banda hilir.....nak cari bapuk katenye....wakakakaka......

0200 - tinggal laaa 2 keta jer....lancer dan p2 kancil...dak2 spm03....kami tiba kat banda hilir....parking kat area dataran pahlawan tu....lengang je....maklum laaa...malam...hahahaha.....dah tu, kami pun berpusing2 laaa kat area bandar hilir tu....amik gambar kat pintu2 muzium....kat keretapi...dan sebagainye....antara pintu2 muzium dan tempat2 yang dilawati adalah...muzium setem, muzium islam, muzium umno, kota a famosa, muzium ape lagi ntah...tak igt...pastu, jam besar...kincir angin...kincir air...dan tak lupa jugak muzium samudera.....dah penat jalan2 kat area bandar hilir, kami pun becadang untuk meneruskan perjalanan pulang ke selangor.....

0330
- tapi, disebabkan kemengantukan yang teramat sangt...plan terpaksa diubah....kami masuk kat alor gajah....terus ke area lendu...UiTM melaka....


0430 - parking keta kat tempat parking, bukak jarak sikit....bentang surat kabar....bentang selimut....tido je kat atas jalan tu....hahaahha...adeh laaa.....nyenyak jugak tido dibawah langit ni....nyamuk pun tak de....hahaha.....save duit hotel....ekekeke....

0630
- awal tu bangun.....takut kantoi ngn penduduk sekitar nanti....hahahaha.....kemas2 sume...terus bergerak ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh....pas subuh, landing jap kat masjid tu....hehehehe.....basuh2 muka....buang2 ape2 yang patut....hehehe...


0715
- bersarapan di kedai nasi lemak dekat ngn masjid tu....eli tau laa kedai tu....makcik tu pun dah konal die dah....sedap gak nasi lemak die....kene lak ngan kuih bingka ubi...care beb.....kopi panas lak tu....sogar bugar beb....hehehe.....


0800
- bergerak pulang ke tanah air....hehehhe....baru je gerak jap, dah lalok balik dah masing masing.....drebar pun tak boleh tahan dah....jadiiiiii.....


0900
- langkah terbaik tido balik kat RnR.....benti rehat kat RnR senawang.....sume tido balik...penuh satu pondok tu ngn kitorang jer.....hahahaha.....layan je tido....angin banyak....

nyonyak jer.....

1030
- sampai bile nak tido??? hehehe...kalu dilayankan, sampai kemalam laa nampaknye....hahahaha....so, erjalan diteruskan....cek point sterusnye umah eli laaa...kat dengkil....

melalui seremban, nilai, BBST.....

1145
- alhamdulillah.....konvoi selamat tiba kat umah eli tanpa sebarang kecelakaan......sampai umah eli...mandi2 sume...rehat....siap sedia untuk aktiviti seterusnya.....haaha...ade lagi tu....


1300
-
ada nak tambah sketje,lepas dari umah eli,kamal balik,kami sambung lagi jalan jalan cari makan,hahahahaha,pegi makan kat putrajaya,nasi ayam taman warisan pertanian,terbaik gak,nasi ayam kampung,kat situ ada macam macam,sate hj samuripon ada,abc,laichikang,side order kami tambah roti john,roti john unan,terbaik di putrajaya,kalau time jual kat bazar ramadhan,kedai die ni orang beratur panjangnya boleh lilit satu bazartu,hahahahaha.lepas makan pegi alamanda,layan boling jap,takde keje...jumpe talu kat alamanda,kalau kenal talu,nama lain die aizudin kot,talu manis.hahahaha.lepastu minum rootbeer berais krim,kemudian pulang,abis cerita


sekali lagi....jutaan terima kasih pade mereka2 yang menjoinkan diri dalam aktiviti kali ni......
den minta maaf andai tersilap bahasa....tersilap arah....tersilap jalan...minta maap banyak2....hehehehe....

"diharap dapat lagi aktiviti seperti2 ni dijalankan lagi....
kalu ade bajet....kompem wa pollowww.....i pollloowwww.....hehehehe..."
-kamal-

"nice trip wei, adventure, tragis, mengagumkan, terbaik, hampeh, tegang, sodap, lotih,ngantok,mengghairahkan dan ketenangan.bercampur baur.ok geng,buat maseni kita rehat dulu,kita plan next trip lambat sket kot,slalu kluapon bosan nanti.ok.ada idea boleh usulkan..."
-eli-

Walimatul Urus 'Izzah dan Muhammad Idris 25 September 2010 dan 1 Januari 2011

Alhamdulillah, dengan keberkatan dari Ilahi, Muhammad Idris bin Che Mahzan dan 'Izzah binti Hj Idris akan melangsungkan perkahwinan p...