Wednesday, September 10, 2008

Perasmian Blog Hamidians99-03 (10 September 2008)

Yg Berusaha, Mohd Zaim Esrati, Penghulu Batch PMR01 dan SPM03. Yang Berbahagia, Pereka Bentuk Blog SMKA Maahad Hamidiah dan seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Tahun 2008 menyaksikan peningkatan kadar jenyah di dalam negara kita. Masyarakat umumnya melihat punca masalah ini adalah kerana kurangnya tindakan yang di ambil oleh pihak berkuasa. Kekurangan anggota di peringkat pegawai jelas sekali menunjukkan faktor utama yang menyumbang kke arah masalah tersebut.

Era siber memerlukan seseorang itu untuk bergerak pantas. Penggunaan internet dan teknologi maklumat memudahkan urusan pekerjaan. Diharap dengan wujudnya blog ini, tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu dalam menangani jenayah. Membanteras jenayah tanggungjawab bersama.

Saya dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim merasmikan Blog SMKA Maahad Hamidiah ini. Sekian terima kasih.

- Di petik daripada ucapan
Dato' Mohd Ramdan B Mohd Shafian.. Sempena Majlis Perasmian Blog SMKA Maahad Hamidiah-

14 comments:

Anonymous said...

sampah sial mat indon

Author said...

haha... adehh... xleh handle aku...

Group8 Corp. said...

hahahah......
wak lu....

Mohd Ramdan Bin Mohd Shafian said...

Mahasiswa merupakan aset yang paling bernilai kepada negara .Ini kerana mahasiswa yang di kategorikan sebagai sekumpulan manusia intelektual; yang penuh dengan ilmu pengetahuan serta dilengkapi dengan cirri-ciri kepimpinan yang tinggi, diharapkan akan dapat menyumbangkan tenaga dan idea mereka untuk menjana pembangunan serta kemajuan negara apabila mereka tamat pengajian mereka kelak.
Sehubungan dengan itu , Mahasiswa perlu mempersiapkan diri mereka bermula dari di universiti dengan menunjukan kecemerlangan dari segi akademik, pembentukan kepimpinan dan sahsiah yang baik serta menanam serta memupuk sikap patriotisme yang tinggi. Di universiti jugalah mahasiswa harus bijak mencari peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membina profesionalisme mahasiswa itu sendiri sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaankelak. Ini kerana, mencari ilmu pengetahuan itu tidak terhad dengan hanya menghadiri kuliah semata-mata, sebaliknya ilmu itu berada disekeliling kita dan terpulanglah kepada mahasiswa itu sendiri untuk mencari. Mahasiswa juga harus sedar bahawa ilmu pengetahuan merupakan senjata utama uatuk kita terus maju ke hadapan selari dengan misi universiti dan negara yang ingin melahirkan graduan berkualiti serta sentiasa bersedia untuk mengharungi arus globalisasi yang penuh dengan persaingan dan menuntut kesungguhan yang optimum.
Mahasiswa pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara di masa hadapan. Mahasiswa hari ini jugalah yang akan menentukan ke mana hala tuju negara sama ada nikmat kemerdekaan yang dirasai pada hari ini masih dapat sama seperti dengan segelintir negara yang hancur akibat peperangan atau dikuasai oleh penjajah zaman siber ini. Oleh yangdemikian, amatlah penting sekiranya mahasiswa pada hari ini sedar akan tanggungjawab berat yang bakal mereka pikul demi menjaga maruah bangsa, agama dan negara. Mahukah kita melihat anak-anak kita, generasi kita dijajah oleh kuasa besar? Mahukah perjuangan oleh pejuang-pejuang negara kita yang mengambil masa selama 446 tahun untuk mencapai merdeka disia-siakan? Mahukah kita membuka kembali sejarah hitam negara di zaman perang dunia kedua, tragedi 13 Mei 1969 berulang? Apakah kita sanggup melihat orang asing mengaut segala hak kita? Dan sudah bersediakah kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan dari pihak luar? Fikirkanlah para mahasiswa sekalian. Sejauh mana pesediaan kita untuk menghadapi semua kemungkinan itu. Kita selalu mempersoalkan apa yang Negara boleh berikan kepada kita sebagai rakyat. Namun terlintaskah di fikiran kita, apakah sumbangan kita terhadap negara? Apakah dengan berdemonstrasi jalanan memperjuangkan perjuangan yang kabur atau dengan memusnahkan harta benda awam itu dinamakan sebagai sumbangan kita kepada kita kepada negara? Fikirkanlah sedalam-dalamnya, para mahasiswa sekalian.Anda telah cukup matang dan mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.

-Ucapan DCP Dato'Mohd Ramdan B Mohd Shafian, Ketua Polis Selangor Sempena Bulan Kemerdekaan.

Author said...

ape2 je lah don, x leh handle aku.. selamat2..

Mohd Ramdan Bin Mohd Shafian said...

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan.
Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya. Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''
Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.
Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Selamat Berpuasa dan wassalam.

-Dipetik daripada ucapan DCP Dato'Mohd Ramdan B Mohd Shafian, Ketua Polis Selangor ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di Rumah Anak Yatim Darul Izzah.

Unknown said...

hidup mahasiswa.....

Author said...

keluarkan diri mu madon... aku tunggu kat chatroom kat atas tuh.. cepat! ahaks

rahaimie said...

mane2 tah die copy paste tu

Author said...

kah kah kah ,.. no comment.. btol gak tu rahaimie, aku sokong.. aku sokong.. layan je pale madon..

Mohd Ramdan Bin Mohd Shafian said...

wei anak jamungi.., ko jgn bwt statement yg x btol..I'l sue you.. jmpe kt mahkamah.

Group8 Corp. said...

hahahaha......

rahaimie said...

huhu..kecut perut aku..

Author said...

haha... madon vs rahaimie.. kah kah kah

Walimatul Urus 'Izzah dan Muhammad Idris 25 September 2010 dan 1 Januari 2011

Alhamdulillah, dengan keberkatan dari Ilahi, Muhammad Idris bin Che Mahzan dan 'Izzah binti Hj Idris akan melangsungkan perkahwinan p...