Wednesday, September 3, 2008

Bagaimana untuk kuatkan jiwa?.. Lagi-lagi di bulan Ramadhan ni..

Kekuatan jiwa hanya didapati hasil pertautan hati dengan Allah. Remaja yang kuat jiwa sentiasa hidup fikirannya. Akalnya akan sentiasa mencari hikmah di sebalik peristiwa suka duka yang ditempuh. Jika gagal, dia tidak keluh resah atau gundah gulana. Setiap masalah yang datang cuba diselesaikan sendiri. Jika tidak selesai, dia akan mengadu kelemahan dirinya kepada Allah Taala. Hubungan dengan Allah boleh dikuatkan dengan solat, berzikir, membax Al-Quran dan sebagainya.
Sesungguhnya solat itu suatu keindahan yang darinya membuahkan kebahagiaan dan ketenangan. sabda Rasulullah s.a.w bahawa "Solat adalah cahayamataku". Keberkesanan solat juga dapat dilihat memalui bacaan terkandung didalamnya seperti doa meminta petunjuk taufik. Hanya orang yang benar-benar memahami dan menghayati bacaan solat bererti orang itu benar-benar berzikir. Firman Allah bermaksud: "Ketahuilah olehmu bahawasanya mengingati Allah Taala itu akan memberi ketenangan di hati". Disinilah terbitnya ketenangan jiwa. Inilah yang dikatakan "Syurga Ajillah" (Syurga dunia) iaitu rasa ketenangan dan kebahagiaan sebelum memperoleh kebahagiaan sejati di syurga yang kekal abadi.
Solat merupakan pertalian di antara kita hamba-Nya dengan Tuhan Rabbul-Jalil, sebagai tanda kesyukuran di atas anugerah pelbagai nikmat yang dicurahkannya kepada kita dengan tidak jemu-jemu.. wallahua'alam..

No comments:

Walimatul Urus 'Izzah dan Muhammad Idris 25 September 2010 dan 1 Januari 2011

Alhamdulillah, dengan keberkatan dari Ilahi, Muhammad Idris bin Che Mahzan dan 'Izzah binti Hj Idris akan melangsungkan perkahwinan p...